Bercita-cita hendak memiliki kedai di Shopee, tapi tidak tahu dimana harus bermula.

Tiga tahun kebelakangan ini, ramai yang meraih pintu rezeki baharu dengan menjadikan platform atas talian sebagai kedai maya. Berniaga secara atas talian bukan perkara baharu. Kaedah ini wujud sejak dahulu, tetapi boleh dikatakan jenis barangan yang dijual dan jumlah penjual itu sendiri terhad.

Semenjak dunia dilanda wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, tiba-tiba jumlah transaksi jual beli online meningkat secara mendadak.

Dari pihak pengguna, pergerakan yang terbatas membuatkan mereka lebih mudah memesan dan membeli barang secara maya sahaja. Pelbagai barang daripada peranti elektronik sehinggalah keperluan dapur boleh dicari dan dibeli tanpa melangkah keluar daripada rumah.

Bagi pihak penjual yang telah sedia ada kedai di atas talian, pesanan yang naik mendadak menyebabkan stok barangan sering kehabisan. Kadangkala, stoknya ada, tetapi mengalami masalah kelewatan dari segi penghantaran.

Permintaan yang tinggi daripada pembeli online ini membuka pintu rezeki baharu kepada mereka yang baru bermula berniaga online ketika norma baharu mengejutkan dunia. Pelbagai platform dan media digunakan untuk membuka kedai online.

Salah satunya ialah Shopee.

Nak beli barang Shopee, tengok dahulu berapa banyak telah terjual.

Sebagai pembeli, apabila meneliti sesuatu produk di Shopee, perkara pertama yang dilihat ialah berapa banyak jualan terdahulu. Ada orang pernah beli atau tidak? Jadi, sebagai peniaga, mendapatkan jualan pertama amatlah mencabar.

Peniaga perlu menerangkan produk yang dijual dengan sehabis baik dan meletakkan gambar yang paling cantik untuk menarik pembeli. Apabila sudah ada rekod beberapa jualan, barulah keyakinan pembeli yang baharu mudah diperoleh.

Oleh kerana rekod berapa jumlah produk yang telah berjaya dijual itu amat penting, ada yang mengambil jalan yang kurang bijak dengan mewujudkan akaun palsu yang lain untuk membeli barangan sendiri, semata-mata untuk menaikkan jumlah jualan barang sendiri.

Tidak semua pengguna boleh ditipu begitu. Apabila diklik pada pembeli, pengguna lain boleh melihat barangan lain yang telah dibeli. Amat mencurigakan jika pembeli yang sama hanya membeli daripada kedai tertentu sahaja.

Berapa bintang untuk produk Shopee yang dijual?

Sistem bintang di Shopee mewakili kepuasan pelanggan. Antara satu hingga lima bintang, pelanggan boleh memberika bintang yang sesuai dengan pengalaman membeli produk tersebut. Pelbagai faktor mempengaruhi pemberian bintang atau markah produk yang dibeli.

Antaranya kualiti produk yang diterima, kaedah produk dibungkus agar selamat dan tidak rosak ketika sampai ke tangan pembeli, dan nilai barang berbanding harga yang dibayar. Ada juga pengguna yang merendahkan bilangan bintang yang diberi kerana barang yang dipos lambat sampai ke destinasi.

Selalunya sangkut di sorting center sesetengah courier.

Malangnya penjual tidak ada kawalan ke atas cepat atau lambatnya barang diterima. Namun begitu terdapat juga peniaga yang layak diberikan bintang yang sedikit sekiranya kelewatan itu disebabkan barang yang lambat dipos.

Sebaik-baiknya barang dipos selewat-lewatnya dua hari setelah pembayaran disahkan. Kadang kala peniaga dengan sengaja tidak menyatakan barang tiada di dalam stok peniaga dan perlu dipesan terlebih dahulu. Sebagai peniaga yang beretika, biarlah jelas sama ada dengan status barang yang dujual, sama ada ready stock, pre order, ataupun peniaga menjual secara dropship.

Jika peniaga begini, sesuailah diberikan sedikit bintang apabila produk yang dibeli di Shopee lambat diterima.

Penjual malas layan pertanyaan bakal pembeli.

Terdapat ramai peniaga yang mesra dengan bakal pembeli. Namun, ada segelintar yang kurang berminat untuk melayan pertanyaan pengguna. Di Shopee, sekiranya kita mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk, kita boleh menggunakan sistem chat di Shopee unutk berkomunikasi dengan penjual.

Jangkamasa yang di ambil oleh peniaga untuk mebalas pertanyaan itu dinamakan sebagai chat response dna diukur dalam bentuk peratusan. Tidak semua peniaga di Shopee berniaga sepenuh masa. Ada yang menjual di Shopee secara sambilan dan kadang kala sukar untuk membalas pertanyaan serta merta.

Namun, bagi kedai Shopee yang terurus dan sentiasa dipantau ststistik 99% chat response biasa boleh dilihat.

Kadang kala, peniaga pula yang terpaksa menghadapi bakal pembeli yang membuat permintaan tidak munasabah di dalam chat. Contohnya meminta hadiah percuma, malahan kadang kala memilih – milih pula hadiah. Kadang kala free gift yang dipinta tidak sepadan dengan harga barang yang dibeli.

Apabila tidak dilayan, nama peniaga yang dibusukkan.

Kemudahan chat di Shopee ini juga boleh membantu bakal pembeli membuat kepastian sebelum membuat pembelian. Contohnya, sekiranya pembeli ingin memastikan stok barang yang dijual masih ada atau warna yang dikehendaki masih boleh dibeli.

Beza kedai besar dan kedai kecil di Shopee.

Walaupun di alam maya, saiz kedai di Shopee sebenarnya boleh dianggarkan berdasarkan jumlah produk yang dijual. Di sebelah bawah nama kedai terdapat jumlah produk yang disenaraikan untuk dijual di Shopee oleh kedai tersebut.

Kebiasaanya, produk yang banyak menunjukkan kedai itu mempunyai saiz fizikal yang besar kerana boleh menyimpan stok sebanyak itu.

Selain bilangan, produk yang tersenarai juga memainkan peranan yang penting. Apabila seseorang melihat profile kedai tersebut, kesemua barangan yang dijual oleh kedai itu akan terpapar. Pembeli lebih cenderung untuk membeli di kedai yang mempunyai niche tersendiri.

Contohnya, untuk memberi barangan elektrik, pembeli memilih kedai yang rata-rata barangnya ialah barangan elektrik. Ini menunjukkan kedai itu mempunyai pengetahuan dalam produk yang dijualnya.

Pembeli mudah berasa ragu apabila kedai tersebut menjual barang yang rawak dan tidak berkaitan. Contohnya daripada benih pokok bunga sehinggalah RAM komputer dijual oleh peniaga. Ini mudah menimbulakan rasa ragu kepada pembeli.

Nama kedai memainkan peranan penting di Shopee.

Nama kedai juga memainkan peranan yang penting. Nama yang berkaitan dengan barang jualan lebih meyakinkan daripada nama yang am. Terdapat juga nama yang amat meragukan seperti kombinasi aksara dan nombor yang langsung tidak boleh disebut.

Kadangkala nama pelik ini disertakan dengan gambar profile gadis muda yang manarik. Pekara sebegini sering membuatkan pengguna lebih berhati-hati kerana khuatir penjual ialah scammer. Kebiasaanya kedai yang sudah lama dan stabil di Shopee akan menggunakan logo atau produk mereka sendiri sebagai gambar di profile.

Jumlah follower Shopee meningkatkan keyakinan pembeli.

Di profile peniaga boleh dilihat jumlah pengikut ataupun follower bagi kedai tersebut. Pengikut ini boleh jadi ialah orang yang pernah membeli daripada kedai tersebut atau orang yang berminat dengan produk yang dijual oleh peniaga itu.

Oleh kerana jumlah follower ini boleh mempengaruhi keputusan pembeli, ramai penjual yang menawarkan kupon diskaun Shopee kepada pengguna yang menjadi follower mereka. Kadang kala, peniaga di Shopee juga memaklumkan kepada follower mereka tentang produk baharu yang ada di kedai meraka ataupun promosi semasa.

Berapa ramai follower yang dimiliki oleh kedai Shopee itu menunjukkan betapa yakin pembeli dengan kedai tersebut.

Komen daripada pembeli boleh menentukan jadi atau tidak.

Setiap barang yang disenaraikan untuk dijual di Shopee mempunyai ruang komen sebagai medium untuk pembeli yang telah menerima barang membuat ulasan ataupun feedback. Mata bakal pembeli yang lain amat tertumpu di ruangan ini.

Ada pembeli yang sekadar meninggalkan bintang dan tidak menulis apa-apa maklum balas diruang komen. Kemungkinan besar, pembeli memberikan bintang tersebut sebaik sahaja menerima barang tanpa menggunakannya untuk satu jangkamasa terlebih dahulu.

Terdapat juga komen yang membantu bakal pembeli lain. Contohnya terdapat pembeli yang menyatakan warna barang yang diterima agak berbeza dengan gambar yang diiklankan. Malahan pengguna memuat naik produk sebenar yang diterima untuk menunjukkan perbezaan itu.

Komen lain yang membantu ialah berkaitan saiz dan kegunaan barang. Kadang-kala keterangan barang yang diberikan penjual tidak jelas. Apa lagi jiga keterangan itu hanyalah terjemahan google translate daripada laman web pengilang.

Maklum balas sebegini daripada pembeli terdahulu amat membantu bakal pembeli lain membuat keputusan.

Shopee, mudah jika reti.

Tidak kisah sebagai pembeli atau penjual, platform sebegini menyediakan pebagai pilihan. Kepada pembeli, ianya memudahkan perbandaingan antara barang dan kedai, kepada peniaga ianya memudahkan produk diiklankan dengan lebih meluas.

Sekiranya digunakan sebaiknya, kedua-dua belah pihak boleh sama-sama untung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge